Teknologi dalam Pendidikan

Menyedari bahawa 4IR kini pemacu utama global, REAL Schools telah mempraktikkan Teknologi untuk Pendidikan (EduTech) secara meluas, bermula dengan pelaksanaan Program Apple iPad di semua sekolah kami. Kami amat komited dalam memastikan pelajar kami cekap menggunakan teknologi dan berkemahiran tinggi dalam teknologi digital. Kami juga berada di barisan hadapan dalam penggunaan teknologi di sektor pengurusan, pengajaran dan komunikasi.


Program Apple iPad

Selain pelajar Tahun 11 (Senior 5), semua pelajar REAL Schools mendaftar dalam Program Apple iPad sepanjang masa mereka di sekolah. (Baca lebih pautan kepada halaman program iPad)

Kelas Maya

Untuk kelas maya, Google Meet dan Zoom biasanya digunakan; manakala aplikasi pelbagai turut diguna pakai ke dalam kelas dalam talian kami. Ini termasuk:

  • Google Expedition
  • Kahoot
  • Quizizz
  • Socrative
  • Flipgird
  • Khan Academy, dan
  • Padlet


Pengkomputeran Awan (Cloud Computering)

Kami mengintegrasikan 'G-suite' ke dalam pengurusan dan komunikasi kelas dengan pelajar dan ibu bapa secara kerap menggunakan Gmail, Google Classroom dan Google Drive. Bagi tujuan yang sama, pelajar peringkat rendah juga menggunakan ClassDojo. 


Pembelajaran Terarah Kendiri

REAL Schools melanggan Education Perfect (EP), set alat pembelajaran boleh suai dalam talian dari New Zealand. Platform pembelajaran dalam talian dan terarah kendiri ini direka untuk memupuk pelajar kami dengan pemikiran yang ingin tahu serta berasaskan penyelidikan dan boleh digunakan oleh semua pelajar kami.


Kemahiran Digital

Realiti Terimbuh (AR) dan aplikasi 3D seperti JigSpace dan AR Makr digunakan dalam banyak mata pelajaran manakala pengaturcaraan Tacobot diajar kepada pelajar Darjah 1 dan 2 yang menyediakan peluang kepada mereka untuk belajar dan menimba pengalaman dalam pengekodan blok. 

Pelajar juga diperkenalkan dengan percetakan 3D yang melibatkan mereka bentuk projek 3D mereka sendiri melalui Thinkercad dan Makers Empire. Mereka kemudiannya akan mencetak reka bentuk 3D mereka menggunakan mesin cetak 3D yang dipasang di makmal khusus dan mesra teknologi yang dikenali sebagai Maker Spaces. Setiap Maker Space dilengkapi dengan teknologi skrin hijau di mana aplikasi skrin hijau seperti Green Screen Live digunakan oleh guru-guru dan pelajar untuk merakamkan video atau filem pendek untuk projek

Bagi memastikan pelaksanaan dan penggunaan EduTech yang efektif, semua sekolah kami mempunyai Kumpulan Latihan EduTech terdiri dariPada guru yang terlatih dan cekap dengan teknologi. Di samping itu, semua sekolah kami kini menikmati infrastruktur rangkaian kelajuan tinggi canggih yang mampu menyampaikan 10Gbps.