Pemilikan Peranti

REAL Schools akan menyediakan sebuah iPad untuk setiap pelajar dalam Program iPad Apple. Peranti ini akan kekal menjadi hak milik sekolah sepanjang masa.

Sebab bagi sistem 'peranti milik sekolah' ini ialah ia membolehkan sekolah mengurus dan memantau apa yang pelajar lakukan dengan iPad tersebut bagi memastikan mereka hanya memberi tumpuan kepada aktiviti pendidikan dan juga membolehkan sekolah memastikan setiap iPad dilengkapi dengan aplikasi pendidikan yang sesuai mengikut perkembangan semasa.

Pelajar tidak akan dibenarkan membawa peranti peribadi mereka sendiri dari rumah untuk digunakan di sekolah. Mereka juga tidak akan dibenarkan untuk menambah atau memadam program daripada iPad yang mereka menggunakan.

Ibu bapa akan dikehendaki untuk membayar yuran teknologi (sila rujuk butiran dalam struktur yuran kami) untuk penggunaan peranti iPad serta aksesori berkaitan iPad lain dan perisian termasuk:

  • Semua aplikasi pendidikan untuk iPad
  • APPLE TV akan dipasang di setiap bilik darjah yang membolehkan para guru untuk menghubungkan iPad guru dan pelajar pada projektor
  • APPLE Pencils akan disimpan di sekolah untuk kelas-kelas tertentu
  • Storan iPad dan laci pinjaman untuk pendidikan awal / kelas tahun 1 hingga 3
  • Sistem Mobile Device Management (MDM) yang memastikan keselamatan pusat, kawalan dan pemantauan peranti mudah alih yang digunakan di dalam sekolah
  • Apple School Manager akan menyusun atur tetapan peranti dan membeli serta mengedarkan aplikasi dan buku
  • Keupayaan WiFi yang dipertingkatkan: prasarana rangkaian bagi semua kampus sedang dinaik taraf kepada sistem optik gentian yang meningkatkan prestasi rangkaian seratus kali lebih baik, daripada 100 Mbps kepada 10 Gbps yang akan membolehkan semua pelajar dan kakitangan mengakses internet pada masa yang sama.

Penggunaan Peranti

akan didaftar dalam sistem perkongsian iPad di mana mereka akan mempunyai akses kepada iPad mini untuk kelas-kelas tertentu dan hanya akan menggunakan iPad di bawah pengawasan guru. Setiap pelajar akan dapat menggunakan iPad mini tersebut selama 1-2 jam sehari untuk aktiviti-aktiviti kelas yang berkaitan, tetapi tidak dibenarkan membawa pulang iPad tersebut dari sekolah.

akan mengambil bahagian dalam sistem iPad 1-to-1, di mana mereka akan diberikan iPad untuk digunakan sepanjang tahun sekolah. Mereka akan dibenarkan untuk membawa iPad mereka ke rumah selepas sesi persekolahan setiap hari untuk melakukan tugasan atau meneruskan pembelajaran.

Program Apple iPad REAL Schools

Kajian lampau menunjukkan bahawa pengenalan teknologi seperti iPad hanya meningkatkan pembelajaran jika diintegrasikan dengan cermat dan meluas ke dalam sistem sekolah dan kurikulum serta diiringi dengan latihan dan persediaan guru yang mencukupi.

REAL Schools telah melaksanakan langkah-langkah berikut bagi memastikan pelaksanaan yang efektif.

  • APPLE Regional Education Team ialah rakan kongsi kami dalam projek ini dan mereka memberi nasihat berkenaan pelaksanaan program serta menyediakan sesi latihan khas untuk guru kami.
  • REAL Schools juga telah menggunakan khidmat perunding luar untuk program iPad tersebut. Craig Kemp, warga New Zealand merupakan ketua teknologi pendidikan di Stamford American international School, Singapura dan kini merupakan perunding pendidikan global yang memiliki banyak pengalaman dalam memperkenalkan teknologi iPad ke sekolah-sekolah antarabangsa terkemuka di seluruh dunia. Craig telah melatih guru-guru kami dan membantu sekolah kami menubuhkan kumpulan kejurulatihan teknologi pendidikan (EdTech) bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan efektif.
  • Semua guru menerima latihan yang terperinci tentang cara menggunakan iPad untuk meningkatkan pengajaran kelas daripada Apple Team dan perunding kami iaitu Craig Kemp.
  • Setiap kampus telah menubuhkan satu kumpulan EdTech terdiri daripada tujuh orang guru yang telah menerima latihan pakar daripada Craig Kemp untuk bertindak sebagai pakar teknologi sekolah serta jurulatih dan panduan kepada para guru tentang cara menggunakan iPad secara efektif dan meluas di bilik darjah.
  • Infrastruktur rangkaian bagi semua kampus telah dinaik taraf kepada sistem optik gentian yang meningkatkan prestasi rangkaian seratus kali lebih baik, daripada 100 Mbps kepada 10 Gbps, memastikan keupayaan WiFi yang dipertingkatkan
  • Apple TV dan projektor telah dipasang di dalam semua bilik darjah, membenarkan perkongsian masa dan penayangan aktiviti pembelajaran.
  • Untuk memastikan pelajar dan kakitangan tidak menyalahgunakan iPad, REAL Schools telah menggariskan dasar penggunaan teknologi yang melarang pelajar daripada menggunakan iPad dengan cara yang negatif atau merosakkan termasuk buli siber atau mengakses kandungan yang tidak sesuai daripada Internet.
  • Kami juga telah menggunakan sistem Mobile Device Management (MDM yang membolehkan pentadbir IT memastikan keselamatan pusat dan kawalan serta memantau penggunaan iPad di dalam sekolah (cth. akses keselamatan, menolak dan memadam aplikasi, aktiviti pemantauan, dll.) Tiada permainan selain daripada aplikasi pendidikan dimuat turun ke dalam iPad sekolah.
  • Penggunaan sistem ‘Screen Time’ memastikan pihak sekolah dan ibu bapa boleh mengurus dan mengawal masa penggunaan iPad bagi pelajar untuk mengelakkan penggunaan berlebihan dan sebarang bentuk ketagihan kepada teknologi.
  • REAL Schools akan mengadakan bengkel khas untuk ibu bapa bagi memahami dengan lebih baik peranan teknologi dalam meningkatkan pembelajaran, keselamatan dalam talian dan cara ibu bapa boleh menguruskan dan memantau penggunaan teknologi anak-anak mereka.

Kami teruja untuk memperkenalkan komponen teknologi baharu yang penting ini ke sekolah-sekolah kami dan kami percaya bahawa program iPad ini membawa kepada prestasi akademik yang lebih baik dan pengalaman sekolah yang lebih menyeronokkan.

Pada masa yang sama, kami mahu memberi jaminan kepada semua ibu bapa bahawa inisiatif ini tidak akan sama sekali mengganggu guru dan pelajar daripada memberi tumpuan kepada kemahiran akademik tradisional dan teras seperti membaca dan menulis. Malah, pelajar masih mempunyai lebih masa berjauhan daripada teknologi untuk melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal lain di sekolah. Kami komited untuk memastikan pelajar membangunkan pendekatan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi.