Core Curriculum

Kita hidup dalam dunia VUCA (berubah-ubah, tidak menentu, rumit, kabur) yang dibentuk oleh revolusi industri keempat dan kelima. Di REAL Schools, kami percaya yang pendidikan REAL menyediakan pelajar untuk dunia sebenar.  

Sekolah Antarabangsa

REAL International School menyampaikan pendidikan British berdasarkan kurikulum kebangsaan UK daripada peringkat rendah sehingga peringkat menengah. Kami menawarkan program dikenali dunia oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE), termasuk Cambridge IGCSE, yang diambil melebihi 160 negara di seluruh dunia.

Ketahui Lebih Lanjut

Sekolah Swasta

REAL Private National School berlandaskan Kurikulum Kebangsaan Malaysia daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5 dan disasarkan untuk pelajar yang ingin memasuki universiti awam Malaysia sebagai pilihan mereka untuk melanjutkan pelajaran.

Ketahui Lebih Lanjut

Testimoni

Sekolah yang menakjubkan untuk abad ke-21. Apabila saya mendaftarkan anak saya pada 2019, dia telah diberikan iPad (REAL ialah sekolah kerjasama Apple). Pada masa itu, iPad memudahkan pelajaran bersemuka dan kerja sekolah.

Warren Wong, Bapa

Semasa PKP, kami bersyukur anak kami terus belajar melalui kelas dalam talian. Guru-guru telah meletakkan banyak usaha dan kesabaran untuk mengajar dan memastikan bahawa dia memahami pelajaran tersebut. Dia tidak sabar menunggu pembukaan semula sekolah dan dapat masuk ke semua kelas/aktiviti kegemarannya sekali lagi seperti Real Time, renang serta Seni dan Kraf.

Dylis Wong, Ibu

Guru-guru sangat sabar dengan saya dan mereka sentiasa membimbing dan membantu saya apabila saya memerlukan mereka. Mereka telah mengajar saya segala-galanya langkah demi langkah, sambil bersikap toleransi dan baik kepada saya.

Ashley Chia ZhiXuan, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

REAL Schools telah memberi saya peluang untuk menyertai pelbagai acara dan aktiviti sekolah seperti karnival amal dan hari antarabangsa. Selain itu, saya juga mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari latar belakang dan bangsa yang berbeza. Tahap keyakinan saya bertambah baik kerana saya kini berasa lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai dan menyuarakan pendapat saya.

Wong Jun Kang, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

Saya belajar di REAL Schools sejak berusia 13 tahun, saya mula bermain badminton semasa berumur 12 tahun. Sekolah telah melantik seorang jurulatih profesional untuk kelas badminton kami supaya kami boleh menjalankan latihan profesional di sekolah. Kami banyak belajar daripada jurulatih profesional tersebut kerana beliau merupakan pemain yang pernah mewakili Malaysia sebelum ini.

Kew Kuan Yao, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

Tidak seperti sekolah saya sebelum ini, REAL International School Johor Bahru mempunyai perkarangan yang lebih besar yang dilengkapi dengan gelanggang dan padang untuk aktiviti fizikal, dan juga kolam renang yang luas. Guru-guru di sini adalah tulang belakang sekolah. REAL International School pastinya sekolah terbaik untuk pelajar seperti saya untuk mengembangkan pengetahuan kita dan mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Shawn Heng Ping Shuan, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

Guru-guru sangat baik dan bersemangat. Peralatannya juga canggih. Bukan sahaja pengetahuan secara teori, malah kajian amali juga disertakan untuk sains dan banyak mata pelajaran lain. Pelajar boleh belajar lebih banyak semasa kelas dan mempunyai aktiviti kokurikulum, sukan, muzik, dan seni yang menarik disyorkan kepada pelajar untuk memupuk minat dan bakat.

Hy L, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

REAL Schools merupakan tempat yang bagus untuk saya belajar, menjadi matang dan bertemu kawan-kawan baharu sejak 6 tahun yang lalu. Di sekolah ini, saya mengubah gred saya daripada tercorot kepada terbaik dan mendapat banyak pendedahan daripada peluang yang guru-guru saya telah berikan kepada saya.

Goh Ming Chuen, Ian, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

"REAL Schools mempunyai persekitaran yang sangat kondusif dan menyenangkan"

Terdapat banyak kenangan yang menggembirakan semasa belajar di REAL Schools yang akan saya hargai dan simpan sepanjang hayat. REAL Schools sentiasa menyediakan persekitaran yang sangat kondusif dan menyenangkan bagi pelajar untuk berkembang dari segi sahsiah dan juga sebagai individu. Di REAL Schools, anda akan bertemu rakan-rakan dan guru-guru yang akan menjadi keluarga kedua anda.

Dashxmi Yohan, REAL Schools, Kampus Johor Bahru

Anak saya belajar di sekolah ini selama 4 tahun sejak Tahun 1. Saya telah melihat peningkatan besar pada sekolah ini dalam tempoh dua tahun. Saya gembira bahawa sekolah ini melaksanakan program iPad 1:1 dan Real Time ke dalam kurikulum mereka, perkara ini memang membantu anak saya untuk meningkatkan pengalaman pembelajarannya. Kemudahan sekolah juga telah dinaik taraf dengan banyak dalam tempoh setahun akhir-akhir ini.

Lim Kian Teck, Bapa

Hantar Mesej Anda

powered by Typeform
Kampus 'Sanctuary' Johor Bahru

Lot 2361, Jalan Persiaran Sri Plentong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia

Telephone

+607 386 4468

Fax

+607 386 4471