Antara manfaat dan ganjaran yang akan diperolehi oleh penerima Biasiswa TAGS ialah:

  • Yuran Pengajian Penuh sepanjang pendidikan menengah mereka (Tingkatan 1-5), termasuk Yuran Tambahan dan Teknologi
  • Yuran ECA atau Yuran Aktiviti Kokurikulum
  • Elaun Sara Hidup yang meliputi kos-kos makanan di sekolah dan pengangkutan ke / dari sekolah
  • Pelbagai Elaun Buku, Alat Tulis & Pakaian Seragam

Biasiswa ini terbuka kepada mana-mana pelajar berwarganegara Malaysia dan sekarang di dalam Darjah 6 yang memenuhi kriteria berikut:

  • Rekod prestasi akademik yang cemerlang
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan/atau kesukarelawanan
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan 

Pemohon daripada isi rumah berpendapatan rendah akan diutamakan.


Sebelum mengambil langkah pertama ke arah menjadi penerima Biasiswa TAGS, sila rujuk garis masa permohonan di bawah. Proses ini telah diatur dan dirancang supaya penerima Biasiswa TAGS akan memulakan Tingkatan 1 mengikuti tahun akademik baru, iaitu pada bulan Mac 2022.

Penerima Biasiswa TAGS akan mempelajari Kurikulum Standard Sekolah Menengah sama ada di REAL Schools Cheras atau REAL Schools Shah Alam dan mempelajari Kurikulum Kebangsaan Malaysia. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1985, REAL Schools telah menyediakan pelajar untuk berkembang maju dan berjaya dalam dunia sebenar dengan menyampaikan kecemerlangan akademik dan Real World Skills. REAL Schools juga merupakan salah satu daripada beberapa sekolah di Malaysia yang menawarkan program pembelajaran iPad Apple 1-ke-1.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang kedua-dua kampus REAL Schools yang indah ini, sila klik butang di bawah:

Soalan Lazim (FAQ)

Sila klik DI SINI untuk melihat atau memuat turun salinan Soalan Lazim kami (FAQ).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain atau ingin mendapatkan penjelasan lanjut, hantarkan e-mel kepada kami di [email protected]